Tuesday, October 26, 2010

Imam Muda dan Maher Zain..



Siapa ni? Imam muda dan....... Maher Zain... pakai baju Melayu... memang nampak segak saudara kita ni ya.... Maher Zain ialah seorang penyanyi RnB Islamic yang membawa mesej keamanan yang sedang meningkat naik pada masa ini. Ramai yang menggunakan lagu-lagu beliau sebagai "ringtone handphone" mereka tidak kira dari pelbagai golongan. Selain itu, lagu beliau juga dimuatkan dalam blog para "blogger". Fenomena baru ini telah tersebar ke seluruh dunia. Maher Zain telah membuat jelajah konsert beliau di Eropah dan Asia. Konsert tersebut telah mendapat sambutan terutamanya di Malaysia. Dalam beberapa hari sahaja tiket ke konsert tersebut telah habis dijual. Lagu Ya Nabi Salam Alaika pula telah menerima anugerah Best Religious Song for 2009 from Nujoom FM (Egypt’s biggest music radion station). Lagu beliau telah mendapat tempat di hati para pendengar bukan sahaja dari kalangan Muslim tapi juga dari kalangan Non-Muslim. Adakah Maher Zain akan kekal di hati peminat pada masa akan datang??....

No comments:

Post a Comment