Sunday, October 17, 2010

Travel to Limbang...

Map

Map

Arial View of Limbang Town
Limbang merupakan sebuah bahagian yang terletak di utara Sarawak. Limbang terbahagi kepada dua daerah iaitu daerah Lawas dan daerah Limbang. Daerah Limbang berada di antara daerah Muara(Brunei) dan Temburong (Brunei), justeru menjadikan tahap ketersampaian ke Limbang adalah menjadi susah. Hal ini kerana, jalan yang menghubungkan Limbang dengan bandar-bandar yang lain adalah melalui negara Brunei Darussalam dan melalui pos imegresen negara Malaysia dan Brunei. Hal ini memerlukan setiap orang untuk berhubung ke luar perlu memiliki passport. jika menggunakan jalan air, passport tidak diperlukan. Tetapi ianya hanya terhad untuk pergi ke Lawas dan seterusnya ke negeri Sabah, bukannya ke Miri atau bahagian Sarawak yang lain.



Purnama Hotel
Berdiri megah di Bandar Limbang ialah hotel termewah di bandar ini. Purnama Hotel telah dianugerahkan tiga bintang dan terletak di kawasan yang sangat strategi di bandar ini, iaitu terletak di tengah-tenagh bandar dan berhadapan dengan sungai. bangunan hotel ini tercantum dengan bangunan Limbang Plaza, tempat membeli belah setinggi 2 tingkat dan di atasnya merupakan pejabat.




Feri Pandaruan
Bahagian Limbang dan wilayah Brunei(Temburong) dipisahkan oleh sebatang sungai iaitu Sungai Pandaruan. Oleh kerana belum ada jambatan yang dibina antara dua wilayah ini, feri pengangkut kenderaan adalah cara utama untuk menyeberangkan kenderaan.






Pos Imegresen Tedungan
Ini merupakan pos imegresen yang berada di Tedungan. Pos Imegresenini perlu dilalui sebelum pergi ke Miri melalui Muara(Brunei). Passport perlu dibawa dan dicop semasa melalui pos imegresen ini.




Kapal Express
Kapal Express ini mengangkut penumpang ulang alik ke Pulau Victoria. Kapal ini boleh mengangkut kira-kira 100 orang. Masa yang diambil ialah kira-kira 2 jam. Pelajar yang belajar di Pulau Victoria sangat bergantung kepada kapal ini. Setiap kali cuti penggal sekolah, para pelajar yang bersekolah di Pulau Victoria akan menaiki kapal ini.





Durian Kura-Kura
Durian kura-kura, juga dikenali sebagai Durio Testudinarium dalam bahasa saintifik. Ia juga dikenali sebagai Tortoise oleh pelancong dari barat. Durian ini sangat terkenal dengan rasanya yang lunak dan manis. Isinya berwarna putih. Kulit durian ini pula tidaklah keras seperti durian yang biasa. Rugi bagi sesiapa yang terjumpa durian ini di pasar tamu tetapi tidak membelinya dan mencubanya.

No comments:

Post a Comment